Jumaat, 22 Jun, 2018 | Versi English | Kembali ke Bernama.com


Lima kementerian bangunkan pelan hala tuju kesejahteraan kanak-kanak - TPM


PUTRAJAYA -- Lima kementerian akan membangunkan Pelan Hala Tuju Kesejahteraan Kanak-kanak peringkat kebangsaan untuk menangani isu-isu yang meliputi pemakanan berkhasiat, pendidikan, perumahan dan kemiskinan di negara ini. Kementerian berkenaan ialah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan  Luar Bandar dan Kementerian Dalam Negeri.

Guru mengaji dipenjara, denda kerana cabul

KL -- Seorang guru mengaji dipenjara tiga bulan dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah mencabul anak murid perempuannya berusia lima tahun, tahun lepas. Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Redzuan Zakarian, 33, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Musa Aman perlu angkat sumpah ADUN dalam tempoh tiga bulan


KOTA KINABALU -- Tan Sri Musa Aman perlu mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Sungai Sibuga dalam tempoh tiga bulan selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) 11 Jun lalu atau kerusi yang dimenanginya boleh  diisytiharkan kosong.

KPDNKK Terengganu kesan 22 kesalahan SKHMP Aidilfitri 2018

KUALA TERENGGANU -- Sebanyak 22 kesalahan dikesan dilakukan peniaga di seluruh negeri Terengganu melalui operasi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Hari Raya Puasa 2018 yang berlangsung selama 15 hari bermula 8 Jun lepas.

Ahmad Zahid nafi minta nasihat Dr Mahathir urus UMNO


KOTA BHARU -- Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan beliau meminta nasihat daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menguruskan parti itu. Ahmad Zahid, yang kini menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO berkata beliau dan rakan-rakan dalam Majlis Tertinggi tahu bagaimana untuk menguruskan parti tanpa perlu campur tangan daripada pihak ketiga.