PUTRAJAYA -- Bajet 2014 akan dibentangkan di Parlimen pada 25 Okt ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Bajet 2014 Dibentang Di Parlimen 25 Okt

Kerajaan Pusat Digesa Percepat Projek Tebatan Banjir Sungai Golok
KOTA BAHARU -- Kerajaan Persekutuan digesa mempercepatkan projek tebatan banjir di sepanjang Sungai Golok di Rantau Panjang yang disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK7).
Yang Di-pertuan Agong Lancar Kampus MSU Bernilai Lebih RM600 Juta

SHAH ALAM -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Selasa berkenan merasmikan Kampus Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) bernilai lebih RM600 juta di sini. Kampus itu dibangunkan menerusi tiga fasa dengan menampilkan ciri-ciri kontemporari moden dan kondusif yang beridentiti universiti berkualiti serta bertaraf antarabangsa.
Skuad Khas Tangani Masalah Jenayah, Vandalisme Di Laluan Motosikal
KL-- Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menyarankan satu skuad khas dibentuk bagi menangani masalah jenayah dan vandalisme di laluan motosikal. Beliau berkata skuad tersebut boleh membabitkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela). Bagaimanapun, beliau tidak menghurai lanjut mengenai perkara itu.
MyCC Siasat Cubaan Manipulasi Pasaran Tiket Bas Ekspres - Hasan

KL-- Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) diarah menyiasat cubaan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) memanipulasi pasaran tiket bas ekspres dengan mengehadkan pengeluaran tiket menjelang musim perayaan Aidilfitri. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek berkata cubaan PMBOA itu merupakan kesalahan mengikut Akta Persaingan 2010.
Cadangan Cuti Sabatikal Untuk Pengetua, Guru Besar Dan Guru - Idris Jusoh
SERI KEMBANGAN -- Kementerian Pendidikan bercadang memperkenalkan cuti sabatikal untuk pengetua, guru besar dan guru mengikuti program pembelajaran di luar negara, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.
DUN Kelantan Lulus Usul Penghargaan Kepimpinan Nik Aziz

KOTA BAHARU -- Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini merakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memegang jawatan itu selama 23 tahun.
Kompleks Sukan Lahad Datu Dijangka Siap Okt 2014
KOTA KINABALU -- Kompleks Sukan Lahad Datu yang mula dibina pada pertengahan Oktober tahun lepas dijangka siap pada Oktober 2014. Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Masiung Banah berkata sehingga 8 Jun lalu kerja-kerja tanah dan cerucuk telah siap sepenuhnya.
Mustapa Beri Jaminan Sokong Naik Taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

KOTA BAHARU -- Hasrat kerajaan Kelantan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa sebagai lapangan terbang bertaraf antarabangsa turut mendapat sokongan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Insinerator Bakal Dibina Di Taman Beringin, Kepong Tahun Depan
KL-- Insinerator berteknologi tinggi dengan kapasiti membakar 1,000 tan sampah bakal dibina di kawasan pinggiran ibu negara tahun depan untuk menampung keperluan pelupusan sisa pepejal. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata sebuah kawasan berkeluasan 1.6 hektar, bersebelahan stesen pemindahan sisa pepejal di Taman Beringin, Kepong di sini, dicadangkan sebagai tapak insinerator itu.
DUN Sabah Belum Buat Keputusan Kedudukan Ketua Pembangkang
KOTA KINABALU -- Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah belum membuat keputusan berhubung kedudukan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias Datuk Seri Lajim Ukin sebagai ketua pembangkang. Timbalan Speaker DUN Sabah Datuk Johnny Mositun berkata pihaknya belum menerima surat rasmi mengenai pelantikan ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Sabah.
Turun Padang

Tragedi Bot: Mayat Lelaki Ditemui Terapung Di Sungai Rajang Akan Jalani Ujian DNA
BELAGA -- Mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di Sungai Rajang pada Isnin lalu berdekatan rumah panjang Rh.Lat iaitu perjalanan lebih sejam dari Giam Bungan, lokasi tragedi bot ekspres karam Belaga, pada 28 Mei lepas, dipercayai seorang daripada dua penumpang yang masih hilang. Ketua Polis Daerah DSP Bakar Sebau semalam berkata rakan mangsa datang balai polis di sini setelah mendengar berita penemuan mayat itu.
Banteras Masalah Sosial -- Kerajaan Beku Sementara Lesen Kafe Siber Di KL Dan Labuan

KL-- Pengeluaran lesen kafe siber di Kuala Lumpur dan Labuan akan dibeku buat sementara dalam usaha kerajaan membanteras masalah sosial di premis itu, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
FTA Malaysia-Australia Dijangka Kembang Perdagangan Dua Hala
KL-- Pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia (MAFTA) yang berkuat kuasa pada 1 Jan, 2013, dijangka mengembangkan lagi perjanjian perdagangan dua hala.
Prosedur Pengambilan Pekerja Asing Dikaji Semula - Ahmad Zahid

PUTRAJAYA -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji semula prosedur pengambilan pekerja asing bagi memastikan tiada penindasan terhadap mereka. Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata prosedur baharu nanti akan turut menyentuh soal pelindungan insurans secukupnya, serta bayaran gaji yang setara dengan kerja yang dilakukan.